Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2017

alhamdulillah...rezeki yang tidak disangka APRIL 2017

Alhamdulillah, rasanya macam misz annur tengah bermimpi lagi...bulan ini, tarikh ini pasti tidak akan dilupakan sampai bila-bila. almaklumlah semua kejadian yang berlaku ini genap pada bulan kelahiran misz annur.. Tanggal 13 April 2017 adalah ulang tahun misz annur yang ke 32 tahun. Rasa sekejap je masa berlalu dengan pantas. Pejam celik, pejam celik rupanya dah nak masuk hampir setahun usia perkahwinan misz annur dengan suami. Allah bagi pelbagai dugaan kepada kami sehingga kadang-kadang rasa tak mampu nak hadapi. Tapi dalam keadaan macam tu, suami tak pernah putus berdoa kepada Allah, moga Allah permudahkan segala urusan kami. Moga kami boleh jadai macam pasangan yang lain, tinggal serumah, mampu usaha bersama-sama, mampu jatuh bangun bersama, mampu melakukan semua benda yang dikehendaki bersama-sama. Cukuplah hampir 13 tahun kami berPJJ. Hanya yang memahami dan pernah melalui sahaja akan merasai semua itu. Misz annur xmmapu nak sediakan makan minum suami, jaga makan pakai suami