Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...syukur atas nikmat yang diberikan... dipagi Jumaat ini, masih berkesempatan untuk membaca yassin bersama unit BPP..sedih pun ada..xsangka Bekas Pengarah BPP datang jugak menjenguk anak2 buah..tanya khabar...biasanya bersama Pengarah selalu sangat hujung minggu iaitu hari Jumaat pagi pukul 8.30 pagi mesti beramai2 membaca surah yassin..itulah rutin mingguan kami...Pengarah selalu sahaja menitik beratkan soal agama..soal kerja..rasa tanggungjawab dalam tugasan yang diberikan. Biasa pengarah akan berada dikerusi khas yang disediakan..namun kali ini dye pun duduk atas kerusi sama sahaja dengan staf yang lain. Beliau pun dah bertukar Kementerian..namun sikap rendah diri masih ada...xsangka kali ini beliau sanggup turun bersama-sama kami untuk membaca Yassin bersama2. Di samping itu ada juga makan pagi disediakan, sambutan hari lahir pada pegawai yang setiap bulan diadakan dan juga sempena perpisahan Puan Farizah yang bertukar ke Unit BGS..Sedih