Skip to main content

6 Air DetoksYang Membuatkan Anda Langsing Cepat

 

Kali ini misz annur nak ceritakan sedikit berkenaan dengan air detoks. Nampak macam biasa je kan..tapi kesannya sangat memuaskan. Senang sangat nak buat, tapi anda semua kena rajinlah..cume cari bahan2 dekat pasaraya atau pasar borong ke..yang jual sayur-sayuran tu ha. Time weekend sempat lah misz annur buat. kat office misz annur minum air putih yang dimasukkan dengan chia seed dan juga green tea jenama teh boh...sedap..tu pun untuk yang nak kurangkan berat badan..almaklumlah..lepas kahwin ni, makin bertambh2 chuby sudah.bahagia katakan...hehehehe. Sebelum itu, kita kenali dulu apa itu air detoks. 

Air detoks atau infused water menjadi salah satu trend kesihatan untuk menurunkan berat badan. Apakah sebenarnya air detoks? Kalau tengok air detoks cuma air putih yang kemudian dimasukkan pelbagai macam buah-buahan segar. Perlu direndam selama beberapa jam atau seelok-eloknya sehari semalam sebelum diminum. Buah-buahan yang disyorkan dimasukkan dalam air detoks adalah buah-buahan bertekstur keras.


Diet detoks membantu mengurangkan pengambilan kalori sehingga mengurangkan lemak di dalam badan. Tapi macam mana pula untuk sediakan air detoks ini, ya? Haaa.. mungkin anda boleh rujuk cara ini:




1. Timun + Limau + Lemon
Sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Timun, limau dan lemon mampu mengawal nafsu makan selain mengelakkan masalah perut kembung.


2. Teh Hijau + Daun Pudina + Oren
Sangat berkesan untuk membakar lemak, melancarkan penghadaman, mengatasi sakit kepala dan bau mulut. Teh hijau pula memang terkenal dalam membantu meningkatkan metabolisme tubuh.



3. Timun + Lemon + Limau Nipis + Oren
Sesuai untuk mereka yang sedang berdiet kerana timun, lemon, limau nipis dan oren membantu mengawal selera makan dan meningkatkan metabolisme tubuh.


4. Lemon + Daun Pudina
Kombinasi lemon dan daun pudina sesuai buat mereka yang sibuk dan aktif. Lemon dapat menyingkirkan toksin dalam badan manakala daun pudina pula membantu proses penghadaman. Ia sangat membantu menurunkan berat badan. 


5. Oren + Lemon + Limau Nipis
Sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan perut kerana oren dan limau nipis baik untuk sistem pencernaan. Lemon pula membersihkan sistem pencernaan. Berkesan untuk mengatasi masalah perut buncit.


6. Strawberi + Oren +Daun Pudina
Air detoks campuran strawberi, oren dan daun pudina sangat baik untuk diamalkan. Hal ini kerana strawberi mampu mengurangkan kolesterol. Oren pula membantu mengatasi masalah sembelit manakala daun pudina pula mencegah masalah angin dan kembung perut.

 Air detoks membantu:
---> Menurunkan berat badan
---> Melancarkan sistem penghadaman
---> Mengelakkan sembelit
---> Meningkatkan serapan vitamin

Comments

Popular posts from this blog

Kerja yang bertimbun

hari ni..sngat2 penat..xdok diam jawbnye..bnyk bende kena sttle...smpaikan nak mnbgedap fb pun xmenyemapt eh..apatah lagi whatssap kan..hehhe..xpe..janji semue kerja yang bos bagi dah sttle semue..xpayh nak pikiq ape2 dah le pahni kan..mne le tau last2 minit ade plk kerja yang my bos bagi..huru hara jadinya ye.. alhamdulillah..dah banyak sttle sangt2 penat dari hujng jari sehingga hujung ibu jari kaki..yolah..pergi sana sini nk sttle banyk bende kot..banyak bayaran yg bos msih ade tunggakan..jenuh dah bgtahu tapi still xbrgerak eh..ni..kad krdt pon ade tunggakan hampir rm10 k kot..fuh!!semput kita dengo ye..owng kaya kan..kita ni xde pe2 yang best pun..dapt gaji..habis bayo hutang piutang je.. now!!meja pun dah hampir clear..dari pagi lagi..xhneti2 mnegadp kerja..sampaikan bersepah meja ni ha..nak buat camne..dah memng kerja pun kan..kita dibayar gaji..hehhehe..xpe..ikhlaskn diri ye..n satu lagi..bila kerja dah sttle..ini le kerja saya..mengadap blog smbil tangan dok tangkas me

Last dayyy!!!esokkk cutii!!!yeyyyy

amboiii!!bukan main lagi ye..sape le xsuke time last day kije kan..opss..bukn dh nk bhnti k...ni sbb kami rakyat trg cnfrm kan cuti jumat dan sabtu..tapi xsemue le..biase gov cnfrm le...saya yang swsta memng kami ikot gov jugak..sebba de link dengan Imigresen..dan Lhdn..so...memng best le..dok sabo le nk tngu nie ha..dok puas peluk bantal sambil berangan nak kahwen..hahahhahaa.. Hari ni memng sangt2 banyak kerja sampaikan xtau nak dok diam je..bangun..duduk..p ke hulu hilir semata2 nak sttlekn banyk kerja..fuh!!penat..sape cakap kerja office tu goyang kaki je??amboi!!!sedpnye..lain kali kerja dulu dan tahu macam mana situation tau..sakit tumit kaki ni ha..smbil tu memng sah le...lemak tepu yang bermaharajalela tu makin lost jawabnya..hehehhe... banyak bende dah sttle hari nie..daripada UNCHR, invoice, Quaotation..bil..payment..amspa membership..pembatalan insurance...termasuk surat wakil tok Mingstar Hotel nak ambik foreign worker dkt Terminal KLIA nanti..3 orang house

alhamdulillah...rezeki yang tidak disangka APRIL 2017

Alhamdulillah, rasanya macam misz annur tengah bermimpi lagi...bulan ini, tarikh ini pasti tidak akan dilupakan sampai bila-bila. almaklumlah semua kejadian yang berlaku ini genap pada bulan kelahiran misz annur.. Tanggal 13 April 2017 adalah ulang tahun misz annur yang ke 32 tahun. Rasa sekejap je masa berlalu dengan pantas. Pejam celik, pejam celik rupanya dah nak masuk hampir setahun usia perkahwinan misz annur dengan suami. Allah bagi pelbagai dugaan kepada kami sehingga kadang-kadang rasa tak mampu nak hadapi. Tapi dalam keadaan macam tu, suami tak pernah putus berdoa kepada Allah, moga Allah permudahkan segala urusan kami. Moga kami boleh jadai macam pasangan yang lain, tinggal serumah, mampu usaha bersama-sama, mampu jatuh bangun bersama, mampu melakukan semua benda yang dikehendaki bersama-sama. Cukuplah hampir 13 tahun kami berPJJ. Hanya yang memahami dan pernah melalui sahaja akan merasai semua itu. Misz annur xmmapu nak sediakan makan minum suami, jaga makan pakai suami